KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi memohon badan-badan kerajaan atau swasta untuk menyediakan borang permohonan pekerjaan yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
Ras Adiba yang juga Ahli Dewan Negara berkata ini penting bagi memastikan golongan OKU tidak didiskriminasi semasa memohon pekerjaan sama ada di sektor kerajaan atau swasta yang borang pekerjaan kebanyakan majikan didapati tidak menyediakan ruang pilihan mengenai tujuh kategori OKU seperti diperuntukkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kita kena pastikan memberi peluang kepada OKU kerana borang yang mereka isi mestilah mempunyai sedikit ciri ramah (mesra) kerana sesetengah OKU kalau dinyatakan kecacatan sahaja terus tidak diberi peluang.
"Saya tidak berkata mereka (majikan) tidak mahu mengambil (bekerja), cuma kita berharap mereka memberi peluang kalau boleh...sila tandakan apakah kategori, sekurang-kurangnya ada tujuh kategori itu. Dengan ini kita akan bersikap terbuka dan tidak mendiskriminasikan golongan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Pameran Seni Ekspresi Autisme sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2022 di sini hari ini. Pameran bertempat di Muzium Telekom Jalan Raja Chulan di sini, akan berlangsung selama sebulan sehingga 30 April depan.
Tujuh kategori OKU yang diiktiraf JKM adalah kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pertuturan, kurang upaya pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.
Mengenai kuota khas sekurang-kurangnya satu peratus peluang pekerjaan bagi OKU melalui program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) 2022, Ras Adiba berkata bagi mencapai sasaran itu, majikan perlu menyediakan program 'Disability Equality Training' (DET) supaya majikan dan rakan sekerja dapat memahami dan menyokong golongan berkenaan di tempat kerja.
Sementara itu, seorang pelukis austime Izzati Shahrin, 28, berharap dapat menjual beberapa lukisannya itu sempena pameran seni berkenaan selepas terputus pendapatan akibat pandemik COVID-19.
"Pameran ini adalah peluang untuk golongan autisme dan OKU untuk memperoleh pendapatan dan setiap hasil seni bukan sahaja untuk lukisan tetapi karya itu akan dicetak ke bentuk lain seperti baju, cawan dan cenderahati," kata ibu Izzati, Zuraini Anuar, 60.
Izzati mula melukis sejak berusia lima tahun dan dia mendapat ilham melalui pengalaman dan pemerhatian di sekelilingnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Tujuh kategori OKU diiktiraf JKM adalah kurang upaya pendengaran, penglihatan, fizikal, pertuturan, pembelajaran, mental dan pelbagai. - Gambar hiasan/ Bernama
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Majikan perlu sediakan borang pekerjaan mesra OKU
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi memohon badan-badan kerajaan atau swasta untuk menyediakan borang permohonan pekerjaan yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU).